ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Diari BML 4103 mencoretkan 50 catatan harian mengenai apa-apa sahaja isu bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian dalam masyarakat kita. Misalnya yang berkaitan dengan bahasa bahasa rojak, kesalahan tatabahasa, bahasa yang indah dan sebagainya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah Sosiolinguistik dalam Pengajaran Bahasa Melayu, Dr Siti Saniah binti Abu Bakar kerana memberi peluang kepada kami untuk membuat ulasan isu yang diketengahkan mengikut budi bicara dan pendapat kami.Hasilnya diari ini moga dapat memberi kesedaran bahawa bahasa Melayu sering dipandang mudah oleh penuturnya sendiri dan umat Melayu harus bangkit untuk berjuang mempertahankan martabat bahasa Melayu bukan omong kosong sahaja.
Segala cacat-cela dalam diari ini harap dimaafkan dan akan dijadikan sebagai satu proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.
Selamat membaca~
Mazidah Adenan
(D20071028982)
Selamat membaca~
Mazidah Adenan
(D20071028982)